Friday, February 3, 2012

RAHSIA PATI DELIMA SANGAT MENAKJUBKAN ...


Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141.

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
 


Rahsia Khasiat Delima:

•melawan lemak, meningkatkan metabolisma badan
•membersihkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung yang tersimpan dan mengempiskan perut
•bakar kalori / lemak
•melawaskan pembuangan
•buang angin dalam badan
•awet muda
•melegakan batuk/kahak/asma
•menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
•utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
•mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
•100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
•melancar aliran darah
•memperbaiki perjalanan haid
•mengeluarkan peluh / toksin
•melegakan sakit kepala
•sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan serta mencantikkan kulit baby , Insyallah
•menstabilkan paras kolesterol
•Melawan Penyakit Gout/ Sendi
•Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
•melawan kanser - Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima kaya antioksidan dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada

Tuesday, January 31, 2012

PENGKAJIAN MODERN TENTANG KHASIAT JUZ DELIMA

Penelitian moden
Dalam dekad terakhir, beratus-ratus karya saintifik telah diterbitkan mengenai delima. Banyak kesan ajaib delima telah terbukti dalam kajian percubaan klinikal dan manusia. Jika anda belum memakan atau meminum jus buah delima secara teratur, berikut adalah sembilan alasan mengapa anda perlu melakukannya:
 

1. Antioksidan
Kajian terbaru menyebutkan bahawa buah delima kaya dengan antosianidin yang berkhasiat antioksidan dan anti-inflamasi. Jus buah delima disebut-sebut mempunyai antioksidan lebih besar daripada "makanan super" lain seperti wain merah, teh hijau, dan blueberry. Antioksidan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel. Kerosakan sel ini berkaitan dengan segala macam penyakit termasuk kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
 

2. Melindungi jantung
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences mendapati bahawa jus delima memerangi pengerasan arteri dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah penumpukan plak di arteri dan boleh meluruhkan penumpukan plak sebelumnya.
Kajian lain pada Journal of Cardiology mendapati bahawa pesakit penyakit jantung koroner (PJK) yang meminum sari buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sekitar 17 peratus. Aliran darah justeru menurun sebanyak 18 peratus pada kumpulan plasebo.
 

3. Menurunkan kolesterol buruk
Menurut kajian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan pengoksidaan LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
 

4. Menurunkan tekanan darah
Satu kajian menunjukkan bahawa minum 1,7 ons jus delima satu hari menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 5 peratus.
 

3. Mencegah dan mengubati kanser
Buah delima mempunyai khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis kanser:

    
Kajian di Israel menunjukkan bahawa sari buah delima menghancurkan sel-sel kanser payudara sementara membiarkan sel-sel yang sihat. Buah delima juga boleh menghalang pembentukan sel kanser payudara.
    
Ekstrak biji delima terfermentasi yang kaya polifenol mempromosikan pemulihan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    
Kajian pada tikus menunjukkan bahawa sari buah delima boleh menghalang perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah kajian terhadap 50 laki-laki yang telah menjalani rawatan kanser prostat, pengambilan 205 gram jus delima setiap hari melambatkan penggandaan PSA (saiz perkembangan kanser prostat) dan mengurangkan keperluan rawatan lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon. Tak satu pun dari pesakit yang mengembangkan kanser sampai tersebar di luar prostat selama kajian.
 

4. Melindungi otak bayi
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Pediatric Research mendapati bahawa meminum jus buah delima semasa kehamilan membantu melindungi otak bayi yang baru lahir selepas kelahiran traumatik.
 

5. Mencegah osteoartritis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa sari buah delima dapat mencegah kerosakan tulang rawan. Menurut kajian di Case Western Reserve University yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition, ekstrak delima menurunkan tahap bahan kimia yang disebut interleukin-1b (IL-1b) dan enzim yang mengikis tulang rawan dan membuat inflamasi. Para penyelidik mengatakan ekstrak buah delima mungkin dapat menghalang penyingkiran kartilago pada osteoartritis.
 

6. Mencegah penyakit Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpul plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
 

7. Melindungi gigi
Kajian menunjukkan bahawa minum jus delima mungkin merupakan cara alami untuk mencegah plak gigi.
 

8. Kontrasepsi alami
Kajian makmal menunjukkan bahawa arnab percubaan (guinea pig) betina yang diberi makan buah delima tidak hamil setelah dikahwinkan dengan pejantan mereka. Kajian itu juga menunjukkan bahawa setelah 4 bulan tidak makan buah delima, kesuburan arnab betina kembali normal seperti semula.
 

9. Sumber nutrisi
Satu buah delima mempunyai sekitar 40 peratus keperluan vitamin C harian yang disyorkan untuk orang dewasa, bersama-sama dengan asam folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.Tips mengambil buah delima


Ketika membeli buah delima, pilih yang berat dan tidak retak kulitnya. Bila disimpan di dalam peti ais, buah ini dapat bertahan sampai enam bulan. Tapi lebih baik dari memakan yang segar.
Untuk membuka delima, pertama anda perlu memotong mahkotanya, lalu iris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Buka kulit delima dengan jari-jari anda dan ambil isi buahnya ke dalam dalam mangkuk.


Baik daging maupun biji delima boleh dimakan. Biji delima adalah sumber serat dan nutrisi yang baik, jika anda merasa selesa memakannya. Banyak khasiat buah delima terdapat pada bijinya.


INFO SOURCE :  http://majalahkesehatan.com/delima-buah-ajaib-dari-surga/

BUAH DELIMA MEMBUNUH KANSER PAYU DARA

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.



Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Khasiat Juz Delima

 POKOK  BUAH DELIMA

Sepanjang mengandung, aku banyak makan buah delima… Banyak khasiatnya… cuba baca sedutan di bawah.
Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

info source :  raudahtunaim